BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Thursday, December 06, 2012

Khasiat Petai


Petai..walaupun baunya yang agak kurang menyenangkan. tapi disitulah lahir banyak faedah kepada kesihatan kita. ada pendapat mengatakan bahawa "dari kekurangan..lahirnya kelebihan". mungkin pepatah ini boleh menunjukkan kepada khasiat petai ini. walaupun kekuranganya adalah kerana baunya yang begitu kuat dan ramai yang tidak mengemarinya..
Biji, Daun dan Akar petai semuanya boleh dijadikan ubat..  

Biji Petai
Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.

 
Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

 
Akar (kulit akar)
Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Tapi..tahukan korang antara khasiat petai yan dibuktikan melalui pelbagai kajian adalah seperti :
 
Strok
Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus.

 
Merokok
Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.

 
Anemia
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.

 
Sembelit
Petai memiliki kandungan serat yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.

 
Kegemukan
Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.

 
Depresi
Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.

 
Tekanan Darah
Kandungan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula rendah! Ya.. Itulah Petai yang dikatakan Raja Segala Ulam. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) telah menyenaraikan Petai sebagai salah satu tumbuhan yang patut diamalkan untuk mengurangkan risiko tekanan darah.

 
Tenaga Minda
Kajian yang dilakukan di Sekolah Twikenham Middlesex dengan seramai 200 orang pelajar hanya diberi makan petai untuk sarapan, makan tengahari dan masa rehat telah membuktikan petai yang mempunyai kandungan potasium yang tinggi boleh membantu pelajaran dengan membuatkan pelajar lebih segar dan menguatkan tenaga minda seseorang pelajar.

Petai juga mempunyai empat kali ganda lebih banyak protein, dua kali ganda lebih banyak karbohidrat, lima kali ganda lebih bnyak Vitamin A dan dua kali vitamin-vitamin yang lain jika dibandingkan dengan buah epal.

Soalan

1. Apakah bahagian bahagian petai yang boleh dijadikan ubat?
_______________________________________________

2. Apakah kegunaan biji petai?
_______________________________________________

3. Apakah kegunaan daun petai?
_______________________________________________   

11 comments:

LIM WEI said...
Thursday, December 06, 2012

Jawapan
1.Biji, daun dan akar petai.

NG JIA LE said...
Thursday, December 06, 2012

Jawapan
2.Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati, busung, bengkak buah pinggang dan kencing manis.

Unknown
Thursday, December 06, 2012

Balas jawapan LIM WEI

Syabas, jawapan kamu betul!

EU XIN YEE said...
Thursday, December 06, 2012

Jawapan
3.Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning.

Unknown
Thursday, December 06, 2012

Balas jawapan NG JIA LE

Tahniah, jawapan kamu betul!

Unknown
Thursday, December 06, 2012

Balas jawapan EU XIN YEE

Syabas, jawapan kamu betul!

TAN SWEE HONG said...
Sunday, December 09, 2012

Cikgu, maklumat ini amat berguna untuk anak saya, terima kasih.

kwaiyoke
Sunday, December 09, 2012

Berdasarkan maklumat anda,saya lebih memahami tentang petai.

KONG PEI LING said...
Tuesday, December 11, 2012

Maklumat yang berguna untuk anak saya

Unknown
Thursday, December 13, 2012

Blog yang menarik,berisi kandungan.Tahniah!

Unknown
Tuesday, December 25, 2012

Terima kasih

Post a Comment