BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Friday, November 30, 2012

Mengenal Sayur Sayuran

Kubis

Terung

Asparagus

Bawang Merah



Bayam

Brokoli

Cili Merah

Kailan

Kangkung

Kentang

Kunyit

Labu


Lada Benggala

Lobak Merah

Peria






























Petola

Salad

Sawi
Tomato


Timun





Monday, November 26, 2012

             Mizi dan kawan kawan ke kebun sayur datuk Mizi. Mereka membantu datuk Mizi di kebun sayur. mizi membawa kamera. Dia telah merakam gambar di kebun datuk. Mizi merakam gambar Ben Li sedang petik lada. Selain itu, Mizi rakam gambar Biki sedang membubuh baja. Selain itu, gambar Nora sedang siram sayur. Mizi juga merakam gambar Navin mencabut rumput. Biki pula memasukkan sayur ke dalam bakul.

           Sebelum pulang, Mizi merakam gambar datuk sedang menggalas sayur. Pekerja datuk pula sedang mencangkul.


Soalan

1. Apakah yang dibawa oleh Mizi ke kebun datuk?
__________________________________  

 2. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Mizi di kebun datuknya?
__________________________________

3. Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh Ben Li, Biki, Nora, dan Navin.
        i ) Ben Li ...........................
       ii) Biki      ...........................
       iii) Nora    ...........................
       iv) Navin  ...........................


Wednesday, November 21, 2012

Kata Sendi Nama

Di
·         Menunjukkan tempat
a.    Dia berbaring di situ.
b.    Ali tinggal di luar bandar.
Ke
·         Menunjukkan tempat /arah
a.    Mereka ke pasar.
b.    Bas itu membelok ke kiri.
Dari
·         Menunjukkan waktu
a.    Kedai itu dibuka dari pukul lapan pagi hingga lima petang.
b.    Expo itu diadakan dari hari ini hingga bulan depan.
·         Menunjukkan arah
a.    Pemuda itu berasal dari Sabah.
b.    Ali baru keluar dari dewan.
Untuk/Bagi
·         Menyatakan digunakan untuk sesuatu
a.    Hadiah itu untuk abang.
b.    Susu tepung itu sesuai bagi bayi.
Daripada
·         Manyatakan punca bagi manusia atau benda
a.    Surat ini daripada Muthu.
b.    Mereka mendapat bantuan daripada kerajaan.
·         Menunjukkan perbandingan
a.    Samad lebih kurus daripada Siva
b.    Soalan ini lebih susah daripada soalan yang saya buat tadi.
·         Menunjukkan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.
a.    Topeng itu dibuat daripada kad manila.
b.    Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.
Kepada
·         Menunjukkan arah yang hanya merujuk kepada benda bernyawa
a.    Pembaris ini akan saya pulangkan kepadanya.
b.    Dia mengucapkan selamat malam kepada ibunya.
Sejak/Semenjak
·         Bermaksud bermula dari sesuatu masa tertentu.
a.     Dia belajar di maktab ini sejak dua tahun yang lalu.
b.    Mesyuarat itu dimulakan sejak pagi tadi.
Pada
·         Menunjukkan waktu
a.    Bas itu tiba pada pukul lima petang.
b.    Pokok ini ditanam pada minggu lalu.
·         Bentuk ayat “ada + pada + orang”
a.   Dompetnya ada pada kakaknya.
b.   Fail itu ada pada kerani.
·         Menunjukkan tempat untuk perbuatan sesuatu kata kerja
a.    Sandarkan cangkul ini pada dinding.
b.    Lekatkan setem pada sampul surat.
Dengan
·         Bermaksud menggunakan
a.    Dia datang dengan van.
b.    Emak memotong roti dengan pisau.
·         Bermaksud cara sesuatu dilakukan
a.    Dia menjawab soalan-soalan dengan teliti.
b.    Mereka berlari dengan pantas.
·         Menunjukkan bersama-sama
a.    Dia bergaduh dengan adiknya.
b.    Dia berjalan bersama-sama dengan kami.
Hingga/Sampai
·         Menyatakan had tertentu
a.    Hingga hari ini saya belum menerima surat daripadanya.
b.    Mereka berlatih sampai tengahari.
Demi
·         Membawa maksud tujuan
a.    Kempen kebersihan diadakan demi kebaikan bersama.
b.    Nasihat itu demi kebaikan kamu.