Tatabahasa
Kata Sendi Nama
Di
|
·
Menunjukkan tempat
a.
Dia berbaring di situ.
b.
Ali tinggal di luar bandar.
|
Ke
|
·
Menunjukkan tempat /arah
a.
Mereka ke
pasar.
b.
Bas itu membelok ke kiri.
|
Dari
|
·
Menunjukkan waktu
a.
Kedai itu dibuka dari pukul lapan pagi hingga lima petang.
b.
Expo itu diadakan dari hari ini hingga bulan depan.
|
·
Menunjukkan arah
a.
Pemuda itu berasal dari Sabah.
b.
Ali baru keluar dari dewan.
|
|
Untuk/Bagi
|
·
Menyatakan digunakan untuk sesuatu
a.
Hadiah itu untuk abang.
b.
Susu tepung itu sesuai bagi bayi.
|
Daripada
|
·
Manyatakan punca bagi manusia atau benda
a.
Surat ini daripada
Muthu.
b.
Mereka mendapat bantuan daripada kerajaan.
|
·
Menunjukkan perbandingan
a.
Samad lebih kurus daripada Siva
b.
Soalan ini lebih susah daripada soalan yang saya buat tadi.
|
|
·
Menunjukkan maksud sumber atau asal kejadian
sesuatu benda.
a.
Topeng itu dibuat daripada kad manila.
b.
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.
|
|
Kepada
|
·
Menunjukkan arah yang hanya merujuk kepada
benda bernyawa
a.
Pembaris ini akan saya pulangkan kepadanya.
b.
Dia mengucapkan selamat malam kepada ibunya.
|
Sejak/Semenjak
|
·
Bermaksud bermula dari sesuatu masa tertentu.
a.
Dia belajar
di maktab ini sejak dua tahun yang
lalu.
b.
Mesyuarat itu dimulakan sejak pagi tadi.
|
Pada
|
·
Menunjukkan waktu
a.
Bas itu tiba pada pukul lima petang.
b.
Pokok ini ditanam pada minggu lalu.
|
·
Bentuk ayat “ada + pada + orang”
a.
Dompetnya ada pada kakaknya.
b.
Fail itu ada pada kerani.
|
|
·
Menunjukkan tempat untuk perbuatan sesuatu
kata kerja
a.
Sandarkan cangkul ini pada dinding.
b.
Lekatkan setem pada sampul surat.
|
|
Dengan
|
·
Bermaksud menggunakan
a.
Dia datang dengan van.
b.
Emak memotong roti dengan pisau.
|
·
Bermaksud cara sesuatu dilakukan
a.
Dia menjawab soalan-soalan dengan teliti.
b.
Mereka berlari dengan pantas.
|
|
·
Menunjukkan bersama-sama
a.
Dia bergaduh dengan adiknya.
b.
Dia berjalan bersama-sama dengan kami.
|
|
Hingga/Sampai
|
·
Menyatakan had tertentu
a.
Hingga hari
ini saya belum menerima surat daripadanya.
b.
Mereka berlatih sampai tengahari.
|
Demi
|
·
Membawa maksud tujuan
a.
Kempen kebersihan diadakan demi kebaikan bersama.
b.
Nasihat itu demi kebaikan kamu.
|
LATIHAN TATABAHASA
Isi tempat tempat kosong dengan perkataan yang diberi.
Di Ke Dari Untuk Kepada Sejak pada dengan daripada
1 1. Derma _________________ mangsa-mangsa banjir itu berjumlah sepuluh ribu ringgit.
2 2. Hujan turun renyai-renyai _________________ pagi tadi.
3 3. Roti dibuat ________________ tepung gandum, gula dan garam.
4 4. Pemain-pemain bola sepak itu menjalani latihan ________________ padang.
5 5. Kami belajar di sekolah itu ________________ lima tahun yang lalu.
6 6. Kita hendaklah hormat ________________ ibu bapa.
7 7. Tolong tampal gambar ini ________________ dinding.
8 8. Dia mencampakkan sampah ________________ dalam tong sampah.
9 9. Ayahnya memandu teksi _________________ cermat.
1 10. Penuntut-penuntut itu menerima sijil penghargaan _________________ Menteri Pendidikan.
1 11. Dia memotong roti _________________ sebilah pisau yang tajam.
1 12. Masjid yang besar lagi tinggi itu kelihatan _________________ jauh.
1 13. Kamus saya masih ada _________________ Guo Hui. Dia belum memulangkannya kepada saya.
1 14. Kedai buku itu dibuka _________________ pukul sembilan pagi hingga lapan malam.
1 15. Buku-buku itu telah saya serahkan _________________ Cikgu Lam.
_
PETIKAN
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Ular, Encik Govindan, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini berkaitan dengan faedah-faedah bersenam.
Hadirin sekalian,
Bersenam dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Dengan bersenam, kita dapat menambahkan kecergasan badan. Selain itu, kita juga dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Apabila badan kita sihat, sudah tentulah kita dapat belajar dengan tenang dan selesa. Pencapaian kita dalam pelajaran pasti akan meningkat.
Seterusnya, bersenam dapat memberikan kesan yang positif kepada psikologi kita juga. Kita dapat mengurangkan keresahan dan tekanan perasaan. Di samping itu, senaman dapat memberikan kelegaan minda dan meningkatkan keyakinan diri juga. Hal ini memberikan kesan yang besar kepada keupayaan kita untuk berfikir.
Aktiviti1. Berdasarkan teks ucapan, lengkapkan carta.
2. Jelaskan pendapat anda tentang faedah bersenam dengan mengemukakan bukti yang wajar. -----------------------------------------------------------------------------
16 comments:
Jawapan
1.untuk
2.sejak
3.daripada
4.di
5.pada
Jawapan latihan:
6.kepada
7.di
8.ke
9.dengan
10.dari
Balas jawapan murid TEE JIA HONG:
Jawapan yang dijawab semuanya betul kecuali jawapan bagi soalan 5. Jawapan untuk soalan 5 ialah sejak.
Di sini, penggunaan sejak lebih sesuai kerana lima tahun yang lalu menunjukkan masa sudah lepas.
Balas jawapan murid ZHANG ZI YAN:
Jawapan yang dijawab semuanya betul kecuali jawapan bagi soalan 7 dan 10.
Jawapan betul untuk soalan 7 ialah" pada". Di sini, "pada" menunjukkan tempat untuk perbuatan sesuatu kata kerja.
Jawapan bagi soalan 10 ialah "daripada". Di sini, menerima sijil penghargaan "daripada" Menteri Pelajaran menunjukkan punca.
blog cikgu cantik , saya suka !
Latihan yang dibuat berguna untuk pelajar
Latihan sesuai untuk murid sekolah rendah.
Latihan yang baik
Jawapan bagi latihan tatabahasa
11. dengan
12. dari
13. pada
14. dari
15. kepada
Balas Jawapan murid CHEE HE
Semua jawapan yang diberi adalah betul.
Baik, terus usaha anda.
Latihan yang cikgu berikan berguna untuk pelajar-pelajar sekolah rendah
Jawapan petikan
1.-Mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit
-Mengurangkan keresahan dan tekanan perasaan
Balas jawapan FADIL
Syabas, jawapan kamu betul!
Jawapan
2.Faedah bersenam ialah mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Apabila badan kita sihat,sudahlah dapat kita belajar dengan tenang dan selesa. Maka,pencapaian kita dalam pelajaran akan meningkat.
Balas jawapan YONG ZI QIAN
Tahniah, jawapan kamu betul!
Nota dan latihan yang baik untuk murid-murid.
Post a Comment