BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Tuesday, December 04, 2012

Khasiat Ubi Keledek

Khasiat Ubi Keledek

Tentu ramai yang biasa makan ubi keledek, tak kiralah dibuat kuih mahupun dimakan secara rebus.  Seperti mana yang anda tahu, ubi keledek boleh didapati dalam pelbagai warna seperti kuning, oren dan ungu dengan kulit berbeza. Ubi keledek sememangnya digunakan meluas dalam industri pembuatan kuih tradisional.

Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji. Khasiat ubi keledek kini telah diketengahkan secara meluas dalam bidang penyelidikan dan mampu menghasilkan inovasi baru dalam industri makanan serta minuman.

keledek-biru-jepun3 

Pada tahu lepas, Universiti Islam Sains Malaysia (Usim) muncul dengan inovasi baru menerusi penghasilan produk minuman kesihatan berasaskan ubi keledek dan bunga roselle. Menggunakan ubi keledek ungu yang mempunyai kandungan anthocyanin tinggi, khasiat minuman itu ditingkatkan dengan campuran roselle yang kaya khasiat herba, enzim, bahan antioksidan dan pelbagai vitamin iaitu C, D, B1, B2 serta B2 Kompleks di samping zat mineral. Dikatakan hasil gabungan tanaman itu berjaya menghasilkan minuman kesihatan berkhasiat dengan kandungan anthocyanin tinggi berbanding buah-buahan lain.

keledek-biru-jepun4 

Kandungan anthocyanin dalam minuman ini jauh lebih tinggi iaitu 122.42mg bagi setiap 100 ml, berbanding sekitar 38 hingga 92 mg dalam buah-buahan seperti strawberi, rasberi, cranberi dan blackcurrant. Kajian turut membuktikan kandungan anthocyanin dalam ubi keledek dan roselle mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.

Soalan

1. Apakah warna ubi keledek yang boleh didapati?
_____________________________________

2. Nyatakan khasiat yang terkandung di dalam ubi keledek?
_____________________________________

7 comments:

LEE YING YING said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan
1.Warna ubi keledek yang boleh didapati ialah warna kuning, oren dan ungu.

NG CHAI SHENG said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan
2.Khasiat yang terkandung di dalam ubi keledek ialah Vitamin B, C dan E, banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balas jawapan LEE YING YING

Syabas, jawapan kamu betul!

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balas jawapan NG CHAI SHENG

Tahniah, jawapan kamu betul!

WONG LEE LEE said...
Tuesday, December 04, 2012

Sebagai bahan pembelajaran yang baik untuk anak saya.

ONG LEE KEAW said...
Tuesday, December 04, 2012

Ilmu pengetahuan yang bermanfaat.

TAN BEE BEE said...
Thursday, December 13, 2012

Bahan pembelajaran yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.

Post a Comment