skip to main |
skip to sidebar
Khasiat Kacang Panjang
Khasiat Kacang panjang
Kacang
panjang memenuhi nutrisi harian dalam bentuk beta karotin, klorofil,
protein, riboflavin, serat, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin
B6, folat, tembaga, magnesium, mangan, potasium, zink, dan selenium..
Bukan hanya manfaat dari pelbagai nutrisi baik, kacang panjang juga
bebas dari kandungan lemak jahat dan juga kolesterol.. selain itu kacangpanjang juga rendah lemak dan juga sodium.
Dengan segala nutrisi yang terdapat di dalamnya, kacang panjang juga
didapati dapat membantu mengurangi risiko strok, serangan jantung, darah
tinggi, mencegah sembelit dan meningkatkan kesihatan seluruh organ
badan. Kacang panjang juga dapat mencegah cirit birit dan menjaga
kehalusan kulit dari dalam.
Kandungan antioksidan dan
antibakteria yang terdapat di dalam kacang panjang juga dapat menurunkan
risiko kanser payudara dan leukemia. Manfaat lain kacang panjang ialah
ia akan membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat, menghindari
sakit punggung serta anemia.
Khasiat Kacang Panjang:-
1. Kacang panjang amat berkhasiat untuk merawat reumatik, arthritis dan
gangguan saluran kencing. Ia juga berkhasiat untuk menjaga kulit dari
gangguan jerawat, membantu pemulihan luka bakar, gangguan ginjal dan
gatal-gatal.
2. Kacang panjang juga berguna untuk mengendalikan kadar gula darah,
mengatasi hipertensi, memperkecil risiko strok dn serangan jantung,
meningkatkan fungsi organ pencernaan, dan mengatasi sembelit.
3. Kacang panjang yang memiliki sifat antikanser dapat membantu mencegah kanser payudara dan kanser darah.
Soalan
1. Nyatakan kebaikan kacang panjang.
____________________________________
9 comments:
Jawapan bagi soalan 1
Makan kacang panjang dapat membantu mencegah kanser payudara dan kanser darah.
Jawapan
1.Kacang panjang dapat merawat reumatik, arthritis dan gangguan saluran kencing.
Jawapan
1.Kacang panjang berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecilkan risiko strok, serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan dan mengatasi sembelit.
Balas jawapan NG DEVLIN
Tahniah, jawapan kamu betul!
Balas jawapan LEE YING YING
Syabas, jawapan kamu betul!
Balas jawapan NG CHAI SHENG
Tahniah, jawapan kamu betul!
Dapat menambahkan ilmu pengetahuan anak saya.
Bahan pembelajaran yang baik.
Blog yang cantik dengan maklumat yang bernas.
keep it up..^^
Post a Comment