BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Monday, December 03, 2012

Khasiat Labu

Khasiat Labu Dalam Pemakanan

Khasiat Labu Dalam Pemakanan | Buah labu ini adalah antara watak yang turut tersenarai dalam kisah dongeng kanak-kanak Cinderella. Ditukar oleh tukang sihir menjadi kereta kuda, buah labu ternyata sudah dikenali kebanyakan orang sejak zaman kanak-kanak lagi.
Jika tidak kerana kisah Cinderella, mungkin juga anda mengenali buah labu sebagai hiasan ketika orang Amerika Syarikat (AS) menyambut Helloween. Atau mungkin juga sebagai buah yang bijinya (kuaci) cukup popular dan enak dikudap ketika menonton wayang kuaci.

Namun begitu, jarang orang memperkatakan tentang khasiat buah labu berwarna kuning atau hijau kekuningan ini.
Labu Baik Untuk Si Rabun
Biasanya bersaiz bulat, labu merah yang berasal daripada keluarga cucurbitaceace adalah sejenis sayuran yang kaya dengan dengan pelbagai sumber berguna untuk kesihatan tubuh.
Jika anda seorang yang berdepan dengan masalah rabun terutamanya pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah, anda mungkin patut mempertimbangkan labu merah sebagai menu dalam diet anda.
Pengat labu enak dimakan untuk minum petang.
Ini kerana pakar dietetik mendedahkan vitamin A dan vitamin C adalah antara dua jenis vitamin yang paling tinggi dalam isi labu.
Malah khasiat daripada tumbuhan ini boleh dibahagikan mengikut buah, biji, daun atau bunganya.
Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.
Pelbagai Khasiat Labu
Dalam buku ‘Vegetables : For Health and Healing’ nukilan Ong Hean Chooi, isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.
Daun labu merah pula bagus direbus untuk dijadikan penawar cirit-birit atau demam. Boleh juga ditumbuk kasar untuk diletakkan pada otot yang sakit.
Menariknya ramai yang menyangka menikmati kuaci labu sekadar bahan kudapan kosong. Kajian yang dilakukan oleh saintis AS pengambilan biji labu yang dimakan secara teratur dalam mencegah masalah batu ginjal. Kajian lanjut turut pernah dilakukan oleh saintis dari Thailand.
Mereka mendedahkan hanya lima hingga 10 biji labu diperlukan sehari untuk mencegah batu karang.
Untuk anak-anak yang kurang nafsu makan boleh diberikan isi buah labu. Sebaiknya ia dihidangkan secara menarik untuk menarik perhatian anak anda.


Soalan

1. Nyatakan jenis Vitamin yang terkandung di dalam labu. 

_____________________________________________________

2. Nyatakan khasiat lain yang terdapat pada labu selain dari vitamin.
_____________________________________________________

3. Apakah jenis penyakit yang boleh dicegah melalui khasiat labu.
_____________________________________________________




14 comments:

NG BREEZE said...
Monday, December 03, 2012

Petikan yang berguna untuk pelajar

CHEN YU XIAN said...
Monday, December 03, 2012

Jawapan
1.Vitamin A dan c.

Unknown
Monday, December 03, 2012

Syabas,jawapan kamu betul!

KONG CHIEW HIONG said...
Monday, December 03, 2012

Bahan pengajaran yang baik.

CHEE HE said...
Monday, December 03, 2012

Jawapan
2.Selain vitamin, lobak merah mengandungi kalsium,
fosforus, zat besi, beta karotin dan serat.

Unknown
Monday, December 03, 2012

Balas jawapan CHEE HE:
Dalam jawapan anda ada sedikit kesilapan.
Jawapan yang sebenarnya ialah Selain vitamin, labu mengandungi kalsium, fosforus,zat besi, beta karotin dan serat.

Unknown
Monday, December 03, 2012

Terima kasih atas perkongsian maklumat anda.

Unknown
Monday, December 03, 2012

thanks for sharing

个人资料
Tuesday, December 04, 2012

Latihan yang baik.

WOON CHAI HONG (D20112053966)
Tuesday, December 04, 2012

Maklumat cikgu sangat jelas .

WONG LEE LEE said...
Tuesday, December 04, 2012

Cikgu, terima kasih cikgu memberikan ilmu kepada anak saya.

TAN SWEE HONG said...
Sunday, December 09, 2012

Cikgu, maklumat ini berguna untuk anak saya.

YON KER said...
Tuesday, December 11, 2012

Jawapan
3.Tekanan darah tinggi dan penyakit kuning.

Unknown
Tuesday, December 11, 2012

Balasan jawapan YON KER:

Tahniah, jawapan kamu betul!

Post a Comment