BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Sejarah Sekolah


Sejarah Sekolah

SJKC Lam Lee merupakan sebuah sekolah rendah Gred SKM yang terletak di Km-10, Jalan Labis Yong Peng. Sejarah sekolah bermulapada Tahun 1952 dan sehingga kini ianya telah ditubuhkan selama 60 tahun.

pada masa 1950-an, untuk menghapuskan Parti Komunis, kerajaan British melaksanakan Dasar Kampung Baru. Dengan adanya dasar ini, penduduk-penduduk yang berhampiran perlu dipindahkan ke Kampung Baru Lam Lee. Pada masa itu, keadaan huru hara menyebabkan penduduk kampung telah mengabaikan kepentingan pendidikan anak anak. Sehingga tahun 1951, muncullah beberapa tokoh yang mnyedarikepentingan pendidikan terhadap generasi muda. Mereka ialah En. Lim Seng Yin, En Low Sen Yet, en. Wong Choon Seng, E. Koh Song Yong dan lain lain lagi. Dengan seta merta, mereka telah membuat permohonan dan meminta kebenaran dari pihak kerajaan untuk menubuhkan sebuah sekolah.

           Justeru itu, aktiviti aktiviti memungut derma wang dijalankan serentak di tempat tempat berhampiran. Pada masa itu, bangunan sekolah tidak dapat didirikan dalam masa yang singkat, mereka terpaksa meminjam tempat kediaman pekerja pekerja Syarikat 'Yong Nam'. Guru besar yang pertama ialah En. Lee Shau Siew. Pada bulan Mei 1952, pelajar pelajar dipindahkan ke bangunan sekolah baru. Mengikut arahan Jabatan Pelajaran, sekolah ini dinamakan SRJK(C) LAM LEE.

          Pada tahun 1979, sekolah ini sekali lagi mendapat kebenaran dari Kementerian Pelajaran untuk mendirikan bangunan baru. Bangunan baru ini didirikan mengikut model terbaru iaitu bangunan dua tingkat lengkap dengan sebuah kantin yang standard dilengkapi dengan padang, gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton. Oleh itu, ia boleh dianggap sebagai sekolah yang lengkap mempunyai suasana yang amat baik dan selesa untuk pembelajaran dan pengajaran.

         Guru guru besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini termasuk En. Lee Shau Siew, En. Lee Wah Kuang, En. Soo Beng Kuan, En. Low Jing Sik, En Kang Hor Leong, En. Tan Ser Cheong, En. Te Heng, En, Yeng Kuang Hong, En, Tan Kim Say, Cik Ma Swee Kim, En. Lim Wan Sia, En. Tan Hock Lai, En. Heng Hock Teng dan kini En. Tee Chee Yong menjadi Guru Besar sekolah mulai 01hb. Mac 2011.

         Permohonan untuk memperolehi geran telah dijalankan oleh Jemaah Pengurus Sekolah (JPS) secara berkumpulan. Usah tersebut telah dibuat memandangkan semua penduduk tidak mempunyai geran. Namun, usaha yang dibuat masih belum menampakkan hasilnya.Tiada kelulusan diterima sehingga kini.

Pihak Yang Berhormat iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong dan Yang  Berhormat ADUN Zon Yong PengLim Kee Moitelah mengambil perhatian di dalam perkara ini. Manakala Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat telah mengadakan satu perjumpaan  pada awal tahun 2007 dengan penduduk penduduk berhubung perkara ini.

          Penduduk penduduk di kawasan kampung Lam Lee tidak ramai, oleh itu sumber murid baru sangat sedikit. lantaran itu, PIBG telah sepakat kata untuk menarik murid murid dari kawasan Yong Peng untuk bersekolah di sekolah kami. Sekolah kami telah berjaya menarik murid murid datang ke sekolah ini sejak Tahun 2000. Pada masa itu, sekolah kami telah menyewa sebuah bas dengan syarikat swasta untuk menghantarkan murid murid ke sekolah. Sehingga Tahun 2007, PIBG berjaya membeli sebuah bas sekolah yang terpakai untuk menghantar murid pergi dan balik sekolah. Pada tahun 2009, PIBG berjaya mengumpulkan derma daripada masyarakat setempat untuk membeli bas sekolah yang berhawa dingin ini. Bas sekolah ini masih berkhidmat pada masa ini. 


Gambar Sekolah














__________________________________________________________




ICT




























3 comments:

SOH SU SYONG said...
Friday, December 07, 2012

Cikgu Soh, kawasan sekolah kamu cantik dan nyaman.

KONG PEI LING said...
Tuesday, December 11, 2012

Suasana di kawasan sekolah nyaman dan sesuai untuk pembelajaran murid-murid.

KOH LAI FA said...
Thursday, December 13, 2012

Kawasan sekolah cikgu sangat cantik

Post a Comment