Khasiat Kentang
Selain mengandungi karbohidrat, kentang juga kaya dengan Vitamin C dan selain ia boleh mengurangkan atau mencegah Hipertension.
Hanya dengan memakan 200 gram kentang, keperluan vitamin C sehari
telah anda penuhi. Kentang memiliki kadar air yang cukup tinggi, iaitu
sekitar 80%. Itulah yang menyebabkan kentang segar cepat rosak,
sehingga ianya perlu disimpan dengan baik. Kentang boleh dihidangkan
dengan berbagai cara, digoreng, direbus, dipanggang, disajikan bersama
daging serta sayuran, atau sebagai campuran kuih-muih. Mempelbagaikan kentang menjadi kerepek, tepung dan lain-lain lagi adalah untuk memanjang daya guna kentang tersebut.
Kandungan air per 100 gram kentang ialah 82 gram, dengan nilai protein sebanyak 2 gram, kälori sebanyak 70kkal dan karbohidrat sebanyak 19 gram. Selain kandungan-kandungan tersebut, kentang juga memiliki kandungan lain seperti zat besi dan riboflavin yang penting bagi tubuh.
Demikian pula dengan vitamin yang ada pada kentang. Sebut saja vitamin C yang mengandung antioksidan yang baik untuk mengusir radikal bebas dalam tubuh. Untuk memperolehi vitamin C dengan maksima pilihlah kentang yang baik keadaannya, antaranya memilih yang tidak bertunas, kulitnya tidak berkedut, tidak ada bercak kehijauan, dan tidak ada lubang pada permukaannya.
Namun, disamping beberapa manfaat tadi, kentang juga mengandung solanium, yang masuk ke dalam tubuh akan menyebabkan mual, sakit perut, muntah serta sakit kepala. Jadi adalah disarankan supaya membasuh kentang sebelum dimasak supaya kamdungan solanium yang terdapat didalamnya dapat dikurangkan ataupun dihilangkan.
Mengamalkan memakan kentang samada secara direbus, dibakar (Tanpa minyak) dengan kerap dalam masa sekurang-kurang sebulan akan mengurangkan berat badan serta mengurangan tekanan darah tinggi.
Soalan
1. Apakah Vitamin yang terkandung di dalam kentang?
__________________________________________
7 comments:
nice blog!thank for sharing!
Jawapan
1.Vitamin C
Balas WONG WEI LING
Syabas, jawapan kamu betul!
Nice blog..
Jawapan: vitamin C
Jawapan cikgu betul, terima kasih.
Maklumat yang berguna untuk anak saya.
Maklumat yang bermanfaat untuk pelajar
Post a Comment