BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Tuesday, December 04, 2012

Khasiat Kacang Bendi

 Khasiat Kacang Bendi


 
Buah Bendi didapati kaya dengan 90% air, 7% karbohidrat, 2% protein dan 1% serat, garam galian dan vitamin, terutamanya vitamin B. Bendi paling kaya dengan kandungan kalsium.
Buah bendi dikatakan elok untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Dalam bidang perubatan traditional, biji, akar dan bunga bendi direbus dan diminum, mampu untuk melawaskan pembungan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang, mengurangkan masalah susah bersalin, mengubati penyakit gornea dan sifilis. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.Manakala lendir ia boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.
Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik.
 
Soalan
 
1.  Apakah kegunaan air rebusan bendi?
______________________________
 
2. Nyatakan 2 kegunaan lendir bendi.
______________________________ 
 

8 comments:

LEE YING YING said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan
1.Air rebusan bendi boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.

NG CHAI SHENG said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan
2.Lendir bendi boleh digunakan sebagai ubat untuk tujuan menyejukkan dan melembutkan kulit.

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balasan jawapan LEE YING YING

Syabas, jawapan kamu betul!

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balas jawapan NG CHAI SHENG

Tahniah, jawapan kamu betul!

NG DEVLIN said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan bagi soalan 1:

Air rebusan bendi boleh digunakan untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balasan jawapan NG DEVLIN

Syabas, jawapan kamu betul!

WONG LEE LEE said...
Tuesday, December 04, 2012

Sebagai bahan pembelajaran yang berguna untuk anak

ONG LEE KEAW said...
Tuesday, December 04, 2012

Ilmu pengetahuan yang dapat berkongsi bersama

Post a Comment