BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Tuesday, December 04, 2012

Khasiat Timun

 Khasiat Timun













Timun atau nama saitifiknya ialah cucumis sativus. Timun mempunyai pelbagai khasiat dan penawar.

Khasiat timun: • kaya dengan kandungan mineral, kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C
...
• dapat menyejukkan badan

• mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita

• merawat masalah kekerapan buang air kecil dengan menggunakn cecair daripada bijinya

• dapat mengatasi sembelit dengan makan timun selalu

• dapat menghilangkan masalah bau badan.Caranya ialah ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya. Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi

• dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik dan arthritis.Caranya ialah jus dicampurkan dengan perahan lobak merah dan saderi.

• merawat kudis dengan menggunakan perahan timun yang bdicampur dengan jus lobak dan salad.

• dijadikan sebagai rawatan kecantikan seperti masalah jerawat. Caranya ialah campur parutan timun dengan kuning telur. Kacau sebati dan sapu pada seluruh muka. Biar 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

• mengatasi masalah panas badan.Caranya ialah kikis sebiji timun dengan menggunakan garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Jadikan sebagai minuman dengan mencampurkannya bersama gula dan garam. Kacau hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang serta malam.


Soalan
1. Apakah nama saintifik bagi timun?
 _______________
2. Apakah khasiat utama yang terkandung di dalam timun?
__________________________________
3. Nyatakan 2 kebaikan timun. 
__________________________________ 

14 comments:

Rohani M.U
Tuesday, December 04, 2012

Hello cikgu.
Menarik betul blog cikgu. Penuh infomasi dan boleh digunakan oleh guru-guru semasa pembelajaran dan pengajaran serta buat murid-murid untuk dijadikan rujukan. Teruskan cikgu. Terima kasih cikgu :)

Rohani M.U
Tuesday, December 04, 2012

akhirnya dapat juga saya menjejaki blog cikgu setelah puas mencari :)

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Cikgu Rohani M.U,

Terima kasih komen dan galakan daripada cikgu.

LEE YING YING said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan
1.Cucumis sativus

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balas jawapan LEE YING YING

Syabas, jawapan kamu betul!

NG CHAI SHENG said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan:
2. Khasiat timun ialah mineral, kalsium,fosforus, zat besi dan Vitamin C.

NG DEVLIN said...
Tuesday, December 04, 2012

Jawapan bagi soalan 3

Dua kebaikan timun ialah menyejukkan badan dan dapat mengatasi sembelit.

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balas jawapan NG CHAI SHENG

Syabas, jawapan kamu betul!

Unknown
Tuesday, December 04, 2012

Balas jawapan Ng Devlin

Tahniah, jawapan kamu betul!

Ong Saw Guat
Tuesday, December 04, 2012

Blog cikgu sangat menarik, tahniah!

WONG LEE LEE said...
Tuesday, December 04, 2012

Sebagai bahan pembelajaran yang berguna untuk anak saya.

PANG KOK LIONG said...
Wednesday, December 05, 2012

Cikgu, terima kasih kerana saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan melalui maklumat di atas.

CHUA MOI HONG
Monday, December 10, 2012

Blog cikgu cantik dan padat ^^

Unknown
Monday, December 10, 2012

blog yang sangat menarik..tahniah!

Post a Comment