Kata Sendi Nama
Di
|
·
Menunjukkan tempat
a.
Dia berbaring di situ.
b.
Ali tinggal di luar bandar.
|
Ke
|
·
Menunjukkan tempat /arah
a.
Mereka ke
pasar.
b.
Bas itu membelok ke kiri.
|
Dari
|
·
Menunjukkan waktu
a.
Kedai itu dibuka dari pukul lapan pagi hingga lima petang.
b.
Expo itu diadakan dari hari ini hingga bulan depan.
|
·
Menunjukkan arah
a.
Pemuda itu berasal dari Sabah.
b.
Ali baru keluar dari dewan.
|
|
Untuk/Bagi
|
·
Menyatakan digunakan untuk sesuatu
a.
Hadiah itu untuk abang.
b.
Susu tepung itu sesuai bagi bayi.
|
Daripada
|
·
Manyatakan punca bagi manusia atau benda
a.
Surat ini daripada
Muthu.
b.
Mereka mendapat bantuan daripada kerajaan.
|
·
Menunjukkan perbandingan
a.
Samad lebih kurus daripada Siva
b.
Soalan ini lebih susah daripada soalan yang saya buat tadi.
|
|
·
Menunjukkan maksud sumber atau asal kejadian
sesuatu benda.
a.
Topeng itu dibuat daripada kad manila.
b.
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.
|
|
Kepada
|
·
Menunjukkan arah yang hanya merujuk kepada
benda bernyawa
a.
Pembaris ini akan saya pulangkan kepadanya.
b.
Dia mengucapkan selamat malam kepada ibunya.
|
Sejak/Semenjak
|
·
Bermaksud bermula dari sesuatu masa tertentu.
a.
Dia belajar
di maktab ini sejak dua tahun yang
lalu.
b.
Mesyuarat itu dimulakan sejak pagi tadi.
|
Pada
|
·
Menunjukkan waktu
a.
Bas itu tiba pada pukul lima petang.
b.
Pokok ini ditanam pada minggu lalu.
|
·
Bentuk ayat “ada + pada + orang”
a.
Dompetnya ada pada kakaknya.
b.
Fail itu ada pada kerani.
|
|
·
Menunjukkan tempat untuk perbuatan sesuatu
kata kerja
a.
Sandarkan cangkul ini pada dinding.
b.
Lekatkan setem pada sampul surat.
|
|
Dengan
|
·
Bermaksud menggunakan
a.
Dia datang dengan van.
b.
Emak memotong roti dengan pisau.
|
·
Bermaksud cara sesuatu dilakukan
a.
Dia menjawab soalan-soalan dengan teliti.
b.
Mereka berlari dengan pantas.
|
|
·
Menunjukkan bersama-sama
a.
Dia bergaduh dengan adiknya.
b.
Dia berjalan bersama-sama dengan kami.
|
|
Hingga/Sampai
|
·
Menyatakan had tertentu
a.
Hingga hari
ini saya belum menerima surat daripadanya.
b.
Mereka berlatih sampai tengahari.
|
Demi
|
·
Membawa maksud tujuan
a.
Kempen kebersihan diadakan demi kebaikan bersama.
b.
Nasihat itu demi kebaikan kamu.
|
13 comments:
contoh ayat yang teliti.
Contoh yang jelas.
good try
Nota cikgu sangat berguna untuk anak saya.
nota ini jelas dan mudah difahami oleh murid-murid.
Nota cikgu sesuai untuk anak saya.
Good Try
Nota yang baik
Saya faham nota yang cikgu sediakan
Nota yang sesuai untuk anak-anak saya
Nota berfaedah
Nota yang disediakan jelas dan berguna.
Sebaagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk anak-anak saya, terima kasih cikgu Soh!
Post a Comment