Petikan
Mizi dan kawan kawan ke kebun sayur datuk Mizi. Mereka membantu datuk Mizi di kebun sayur. mizi membawa kamera. Dia telah merakam gambar di kebun datuk. Mizi merakam gambar Ben Li sedang petik lada. Selain itu, Mizi rakam gambar Biki sedang membubuh baja. Selain itu, gambar Nora sedang siram sayur. Mizi juga merakam gambar Navin mencabut rumput. Biki pula memasukkan sayur ke dalam bakul.
Sebelum pulang, Mizi merakam gambar datuk sedang menggalas sayur. Pekerja datuk pula sedang mencangkul.
Soalan
1. Apakah yang dibawa oleh Mizi ke kebun datuk?
__________________________________
2. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Mizi di kebun datuknya?
__________________________________
3. Nyatakan aktiviti yang dilakukan oleh Ben Li, Biki, Nora, dan Navin.
i ) Ben Li ...........................
ii) Biki ...........................
iii) Nora ...........................
iv) Navin ...........................
8 comments:
Jawapan:
1.Mizi membawa kamera ke kebun datuk.
2.Mizi merakam gambar di kebun datuknya.
Jawapan:
3. i)Ben Li sedang petik lada.
ii)Biki sedang membubuh baja.
iii)Nora sedang siram sayur.
iv)Navin sedang mencabut rumput.
Balasan Jawapan SIM WEN BIN
Syabas, jawapan yang diberikan adalah betul
Balas jawapan CHEE HE
Tahniah, semua jawapan betul!
Sebagai latihan yang sesuai untuk dijawab oleh anak saya, terima kasih cikgu.
Cikgu, saya juga dapat jawab soalan petikan di atas.
Tahniah,Jin Yu!Teruskan usaha anda!
Sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran yang baik untuk murid-murid.
Post a Comment